(Demografi penuh kumpulan responden tidak akan disertakan)
- Kumpulan responden yang telah disaring untuk analisa ini terdiri daripada pecahan 42.5% lelaki dan 57.5% wanita.
- Majoriti responden memiliki tahap pendidikan tinggi, yakni sebanyak 66.5%.
- 65.5% responden terdiri daripada pelajar (menengah dan IPT), 20% mewakili sektor kerajaan, dan selebihnya daripada sektor swasta.
Apabila ditanya tentang definisi membaca berdasarkan persepsi masing-masing (dibantu dengan pilihan pelbagai jawapan termasuk pandangan sendiri):
- 83.5% responden bersetuju yang tabiat membaca pada zaman ini tidak lagi terhad kepada buku sahaja. Bahan yang dibaca (yang sesuai dikategorikan sebagai sebahagian tabiat membaca) antaranya ialah majalah, akhbar (bercetak dan edisi online), artikel-artikel laman sesawang di World Wide Web, masukan blog yang bermanfaat dan memberikan maklumat dan pengetahuan, dan masukan Wikipedia.
- Hanya 15.5% responden didapati masih berpegang kepada perspektif tradisi mengenai definisi membaca (membaca bererti membaca novel dan genre lain dalam bentuk buku).
- Berdasarkan definisi membaca yang diberi di atas, 83.5% responden mengakui yang mereka sememangnya minat membaca. Hanya 16.5% responden menyatakan mereka benar-benar tidak suka membaca.
- Walau bagaimanapun kumpulan minoriti responden yang tidak minat membaca ini (16.5%) tetap membaca bahan yang bermaklumat seperti akhbar, majalah, dan artikel online. Membaca dianggap sebagai suatu keperluan dan bukannya hobi.
Kajian ke atas pilihan bahan bacaan di kalangan responden mendapati:
- Majalah menjadi pilihan paling popular, yakni diwakili oleh sebanyak 29% responden.
- Buku menjadi pilihan kedua tertinggi oleh sebanyak 24% responden, diikuti dengan 22% responden memilih suratkhabar sebagai bahan bacaan utama.
- Sungguhpun era digital menyaksikan limpahan maklumat dan pengetahuan didokumentasi dan dikongsi secara meluas di Internet, bahan bercetak tidaklah begitu jauh ketinggalan dari segi popularitinya. Kecenderungan memilih bentuk bahan bacaan apabila responden diberikan 2 pilihan utama, bertumpu sebanyak 52% kepada digital/elektronik/atas talian, manakala 48% masih menyenangi bahan bercetak.
Apakah tujuan utama masyarakat membaca? Benarkah majoriti khalayak yang kuat membaca adalah semata-mata untuk lulus periksa? Berdasarkan kepada jawapan responden, berikut adalah dapatan kami:
- Membaca bagi memenuhi naluri dan keperluan mendapatkan ilmu pengetahuan - 29%;
- Membaca untuk memastikan diri tidak ketinggalan dan sentiasa dilengkapi dengan maklumat terkini - 26%;
- Membaca sebagai hobi - 19%;
- Membaca sebagai salah satu kaedah penyelidikan - 15%; dan
- Membaca untuk peperiksaan - 10%.
Dapatan seterusnya bakal disambung kemudian …

saya puji.
